Monday, 18 April 2011

Aku, Tujuan, Pertemuan Dan Seri

       Ok..buat pertama kalinya aku rasa bersemangat di minggu ini. Pertemuan tadi telah menyebabkan jantung aku terhenti selama 2 saat. Selamat tak mati!!!!! Selepas peristiwa hitam minggu lepas,aku sekarang lebih berhati2. Berhati2 dengan percakapan dan terutamanya perbuatan. Walaupun dia masih marah tapi aku dapat rasa kemarahannya sedikit lega. Terima kaseh SAYANG.

      Blog ini lahir semalam. Setelah aku tak tahu kemana ingin melepaskan penyesalan. Dan dengan jujurnya blog ini diukir untuk melepaskan segala permasalahan di hati,kepala otak,jantung serta kepala lutut. Blog ini blog aku dan suka hati aku nak taip apapun. HAHAHAHAH. Cuma mungkin penaipan aku tidak cantik dan tidak teratur. Maklumlah budak baru. Dulu masa kat sekolah pun aku benci tulis karangan.

     Aku....seorang yang hensem,kacak,bergaya,baik hati serta budiman. Hahahaha aku memang suka puji diri sendiri sebab tiada siapa nak puji aku. Tinggi 171cm dan berat 78kg. tidak gemuk, tapi sasa. Tapi aku kadang2 amat bangang! Ya..memang bangang. Kebangangan aku boleh membuat orang lain sakit hati. Aku cuba elakkan tapi tetap akan terjadi.

    Dan semalam REAL MADRID seri 1-1. Tak puas hati!!!!!!

No comments:

Post a Comment