Thursday, 28 April 2011

Bau

Aku nak off lataop tapi teringat sesuatu!!!!Hari tu aku p nonton movie sama aku punya cinta.Layan cite cina. Aku taktaw tajuk cite tu. Tapi ada satu scene tu babi terjatuh and landing guna hidung...Hahahahah...memang kelakar.Pandai awek aku pilih movie.

Bila aku masuk panggung,duduk, aku terus bukak nuget dan makn.2 ketul sekaligus.Aku memang lapo masa tu. Ada lagi 2 ketul(4 ketul rm7,celaka betul).1 bagi kat awek 1 lagi aku telan. Sungguh tak adil kan?Cita tak start lagi.Masa aku masuk memang dah ada sorang mamat kat sebelah aku.Yela takkan nak bagi awek aku duk sebelah mamat tu.

Tiba2 datang 1 bau sudah masuk dalam hidung aku. Perg!!!! giler bacin.Ni panggung ker tempat pembuangan sampah!!! Dengan slumber aku cium ketiak aku.Ok bau deadoren!!Aku suruh awek aku cium ketiak dia. Dia kata ketiak dia bau deadoren. Aku tak puas hati.Aku nak kan kepastian.Aku nak cium ketiak dia,tapi dihalang.

So aku buat kesimpualn bau ni datang dari mamat sebelah aku.Memang pekat beb.Hilang tumpuan wa nak layan movie ni. Lepas 15 minit,aku dah xbley nak tahan.Aku pindah seat belakang. Nasib baik panggung kosong. Bau tu hilang. Syukur alhamdulilah.


Kalau tak cukup duit nk beli deadoren,p mintak kat awek ni. Silap2 kau boleh dapat hotdog free.

*bacin=tengik,busuk

Tanpa Sebab



Boleh menangis dengan tiba-tiba

Berdosakah Aku???????

Kepala buntu.Hati sakit.Real Madrid kalah.Ok aku bukan nak cerita pasal Real Madrid. Minggu depan ada lagi. Boleh balas dendam.Hahahahahah.Now aku nak cerita pasal 'tipu'. Lebih tepat menipu diri sendiri. Korang pernah tak? Apa yang korang rasa?Best?Rasa bodoh?

Aku...tipu diri sendiri????Pernah dan aku rasa sangat bodoh.Seperti seekor unta.Tapi aku terpaksa untuk memujuk hati.Dan persoalan disini, BERDOSAKAH AKU????

RM 13

Nasi lemak sebungkus(dalam ada telur rebus separuh) dan nescafe ais 2 cawan= Rm 13. Pergi jahanam sama PWTC!!!

Monday, 25 April 2011

Layan

You know I'm such a fool for you!!!!!

Saturday, 23 April 2011

Sakit Hati

        Aku suka menyakitkan hati sendiri. Antara perkara yang boleh membuatkan aku sakit hati adalah dengan melihat gambar. Dan baru 25 saat tadi aku nengok gambar yang menyakitkan hati. Damm!!!!!! Kenapa susah sangat nak hilangkan tabiat buruk ni??????

       

Monday, 18 April 2011

Aku, Tujuan, Pertemuan Dan Seri

       Ok..buat pertama kalinya aku rasa bersemangat di minggu ini. Pertemuan tadi telah menyebabkan jantung aku terhenti selama 2 saat. Selamat tak mati!!!!! Selepas peristiwa hitam minggu lepas,aku sekarang lebih berhati2. Berhati2 dengan percakapan dan terutamanya perbuatan. Walaupun dia masih marah tapi aku dapat rasa kemarahannya sedikit lega. Terima kaseh SAYANG.

      Blog ini lahir semalam. Setelah aku tak tahu kemana ingin melepaskan penyesalan. Dan dengan jujurnya blog ini diukir untuk melepaskan segala permasalahan di hati,kepala otak,jantung serta kepala lutut. Blog ini blog aku dan suka hati aku nak taip apapun. HAHAHAHAH. Cuma mungkin penaipan aku tidak cantik dan tidak teratur. Maklumlah budak baru. Dulu masa kat sekolah pun aku benci tulis karangan.

     Aku....seorang yang hensem,kacak,bergaya,baik hati serta budiman. Hahahaha aku memang suka puji diri sendiri sebab tiada siapa nak puji aku. Tinggi 171cm dan berat 78kg. tidak gemuk, tapi sasa. Tapi aku kadang2 amat bangang! Ya..memang bangang. Kebangangan aku boleh membuat orang lain sakit hati. Aku cuba elakkan tapi tetap akan terjadi.

    Dan semalam REAL MADRID seri 1-1. Tak puas hati!!!!!!

Saturday, 16 April 2011